CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 19, 2009

Selamat berpuasa

Assalamualaikum teman-teman dan kenalan,
Sehari dua lagi kita akan mula berpuasa, macam mane..... dah ready nak mulakan bulan baru?
Saya macam biasa dah mula sibuk le..
Hari ini saya nak war-warkan dua lagi biskut yang hot untuk tahun ini (yang order dengan saya le:p)




Yang ini namanya "Black Jack". Biskut ni kaya dengan rasa. Sebabnya ada coco crunch, badam, macam hiasan kat atas tu ada croquant (bertih jagung la tu) dan gajus. Harga berpatutan, baru RM21.00 je.



Nak cari yang bergajus jugak.... Yang ini memang biskut gajus yang asli (nama pun biskut gajus :p). A little bit expensive, tapi gerenti puas hati. Menggunakan pure butter (tak campur ngan marjerin pun), blended gajus (so you all makan biskut pun dah terasa macam makan gajus tu) then you all boleh nampah biji gajusnya kan... Harganya RM32.00 (50 biji).

Sampai jumpa lagi.

Thursday, August 6, 2009

Biskut - biskut kegemaran



Hi kawan-kawan,



Di sini saja nak tunjukkan rupa biskut yang menjadi kegemaran anak- anak saya:



Banana & Chocolate Cookies

RM17.00



Biskut Salji

RM20.00




Biskut Aiskrim

RM17.00


Haaa.. yang ini pula pilihan untuk yang menjaga kesihatan. Kenapa saya kata gitu, biskut ni antara bahannya ialah oats. Marilah cuba...




Biskut Monte Chocolate Ball

RM21.00

Nak cube yang ini pula..



Biskut Crystal Ball
RM23.00





































Biskut raya 2009

Hai kawan-kawan,



Anda berpeluang membeli biskut untuk hari raya ini pada harga yang berpatutan. Kenapa saya kat begitu? Cuba kita fikir balik, kebanyakkan biskut yang dibuat, mesti ada bahan mentah yang extrakan. Selalunya, bahan-bahan mentah ini kita tak gunakan di hari biasa. Jadi, tak salah kalau saya katakan lebih baik kita beli daripada buat.


Tapi semua itu terpulang kepada diri masing-masing. Yang pentingnya, masa hari raya nanti, ada biskut untuk jamu kawan-kawan yang berkunjung ke rumah kita. Betul tak?


Untuk itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk memperkenalkan biskut-biskut yang menjadi kegemaran anak-anak dan selalu ditempah oleh kawan-kawan yang lain (plus dua tiga jenis yang baru).

Macam mana nak pesan ye.....

Mudah aje, kawan-kawan call saya : 017-5040196 (sms pun boleh gak), bagi nama, alamat penghantaran, nombor talipon (sekiranya anda menggunakan email), biskut yang dikehendaki dan kuantitinya. Saya akan sms jumlah bayaran yang dikenakan. Buat bayaran ke akaun saya: SHAMSIDAR BINTI SHAMSUL BAHRAIN di MBB 108020085989. Sms saya bila bayaran telah dibuat. Saya akan maklumkan bila bayaran telah disahkan. Kawan-kawan boleh juga email ke: idreincookies@yahoo.com

Jenis biskut yang ada:

Biskut Aiskrim - RM17 (50 biji)

Biskut Oren Bercoklat - RM17 (50 biji)

Biskut Nestum - RM17 (50 biji)

Biskut Banana & Chocolat - RM17 (50 biji)

Biskut Strawberi - RM17 (50 biji)

Biskut Salji - RM20 (50 biji)

Biskut Sarang Semut - RM21 (50 biji)

Biskut Monte Chocolate Ball - RM21 (50 biji)

Biskut Black Jack - RM21 (50 biji)

Biskut Marie Cornflakes - RM21 (50 biji)

Biskut Arab - RM28 (50 biji)