CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 27, 2010

Cup cakes

Assalamualaikum....

Baru-baru ni saya g course cup cake kat klang. Rasa-rasanya ramai yang tahu Ita Delight kan. Bukan apa, saje nak tambah pengetahuan. Mane tahu esok-esok dah malas nak kerja, boleh le take order pulak.....


Tengok tu, K. Ita tengah kusyuk membancuh ising untuk kami...
Ha.. yang ini kami dah mula menghias cup cake yang diberi....

Selepas bertungkus-lumus, beginilah hasilnya..... K, ada yang nak order?????

Gambar dekat. Boleh lihat designnya satu persatu.

Friday, May 21, 2010

Al-Quran perkara terbaik untuk kita

Assalamualaikum,

Buat teman-teman yang mengunjungi blog ini,lama rasanya tak update, tak berkesempatan yang ye nya. Tapi tak mengapalah. Saya cuba yang terbaik.

Buat pertama kali di tahun 2010 ni, saya bawakan sebuah al-quran yang mempunyai terjemahan bagi setiap perkataan. Kelebihan Tafsir Quran Per Kata ini ialah:

1. Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

2. Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

3. Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

4. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

5. Dilengkapi juga dengan terjemahan dan

6. Ianya sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Seronoknya jika apa yang kita baca, dapat kita fahamikan....

Bagi yang berminat dan belum lagi mendapatkannya, boleh klik gambar di bawah.

Wednesday, August 19, 2009

Selamat berpuasa

Assalamualaikum teman-teman dan kenalan,
Sehari dua lagi kita akan mula berpuasa, macam mane..... dah ready nak mulakan bulan baru?
Saya macam biasa dah mula sibuk le..
Hari ini saya nak war-warkan dua lagi biskut yang hot untuk tahun ini (yang order dengan saya le:p)




Yang ini namanya "Black Jack". Biskut ni kaya dengan rasa. Sebabnya ada coco crunch, badam, macam hiasan kat atas tu ada croquant (bertih jagung la tu) dan gajus. Harga berpatutan, baru RM21.00 je.



Nak cari yang bergajus jugak.... Yang ini memang biskut gajus yang asli (nama pun biskut gajus :p). A little bit expensive, tapi gerenti puas hati. Menggunakan pure butter (tak campur ngan marjerin pun), blended gajus (so you all makan biskut pun dah terasa macam makan gajus tu) then you all boleh nampah biji gajusnya kan... Harganya RM32.00 (50 biji).

Sampai jumpa lagi.